>

penyakit baru

Assalamualaikum. salam jumaat wahai umat islam yang masih hidup. alhamdulillah, aku masih diberi izin oleh Allah untuk bernafas pada hari ini. salam asar semua. dulu, mak aku habis terkena penyakit gatal-gatal/ penyakit kulit. aku pun ada kene jugak. tapi, tak de lah teruk macam mak aku. nak kata dijangkiti oleh tok aku, mungkin tak, sebab tok aku dah berapa bulan dok kat hospital. 

rasa macam dah tak tahan walaupun dah sental dengan sabun 99.9% hapus kuman, tetap rasa gatal gak, mak aku pegi kat klinik dan apa yang doktor kata, mak aku kene jangkit oleh kuman gatal yang dibawa oleh pelajar di sekolah berasrama. aku tak duk kat asrama lah. mak aku kata, ni semua salah aku. akulah yang menjadi pembawa kuman gatal. sesapa yang berada dekat dengan aku pasti akan dijangkiti kegatalan. hehe. sekarang dah baik kut. sebab doktor tu dah bagi ubat gatal yang macam sabun tuh. harap-harapnya sembuh lah penyakit gatal miang nih. assalamualaikum

esok hari last


     banyak perkara yang berlaku pada hari ini. biasalah asam garam kehidupan manusialah katakan. dari tadi lagi asyik baiki paip yang rosak. memang bukan kerja aku nak buat mende tuh sebab, hanya orang yang spesific sahaja yang dapat membaiki paip kat rumah aku yang rosak tuh.
     esok rasa macam tak sabar nak balik kampung. yeah~ lama dah aku tak balik kat sana. aku nak tengok ayam, burung, beruk pun ade, tapi, hidup lagikah ia? kat kampung biasanya kawasan yang penuh dengan semak-samun dan hutan-hutan. rasa kedinginan udara pada waktu pagi.... subhanallah.. memang menyegarkan. 

     esok jugaklah internet aku habis. maknanya aku tak boleh bukak blog sampai aku pergi tambah nilai nombor nih. mujurlah aku diberi diskaun, kalau tak, mana nak cari rm 50 setiap bulan. huhu. habislah duit simpanan aku tu... dahlah lepas raya nanti aku nak pergi kat pesta buku di kb. hehe, aku nak borong banyak-banyak. 

hari nih aku free sebab tuh aku taip bebanyak memandangkan esok dah hari last aku bukak internet. -_- pilunya aku rasa. kepada mereka yang singgah kat blog aku tuh, buatlah perangai elok-elok ye. walaupun aku tak nampak, tapi, Allah nampak apa yang kamu kerjakan.
okeylah, kat sini nak aku taip bahawa banyak blog orang lain yang buat giveaway dan contest, tapi, aku tak reti nak buat acane. kalau aku dah reti nanti, barulah aku join. hehe, assalamualaikum. lailatan saedah. :D

gambar diperoleh daripada google dan tumblr.
Heart Chat Bubble
cik nur's blog