>

sambung yang semalam..


hari ni aku nak sambung kisah semalam yang belum habis ditaip oleh aku sebab semalam aku rasa tersangat malas. in shaa allah, hari ni aku nak buat blogwalking. semalam aku berhenti kat ayat... semua guru mesti buat spot check kepada semua pelajar. okey aku sambung semula... selepas mendengar pengunguman itu, semua guru bertindak terutamanya guru disiplin. memang mereka sangat tegas melakukan tugas kali ni kerana perlu membanteras mercun yang berleluasa sejak dua atau tiga hari yang lepas. memang bising satu sekolah. tadi pun ada kedengaran beberapa das mercun bola mungkin. hish, tak serik-serik bebudak nih. okey, sambung lagi... 

hah, habis semua pelajar yang ade kat tapak perhimpunan tu kene check. apa yang lawaknya ialah..ade cikgu aku cakap, "pelajar perempuan pun kene check jugak takut bawa mercun jugak. 'bede bawe ' kato cikgu. hehe. pelajar perempuan bawak jugak mercun, tapi mereka bawak mercun bawang yang lima puluh sen sekotak kalau tak silap aku. 
 
aku pun kene check jugak, tapi, mujurlah aku tak kene. yelah, aku nih budak baik tak pernah buat perangai kat sekolah. budak perempuan sebenarnya cikgu rampas handphone dan barangan alat solek. ish ish ish, datang ke sekolah bawak mende tuh je, bukan nak belajar bersungguh-sungguh balas jasa mak bapak, tapi? bulan ramadhan pun nak make up lagi ke?
 
haa,, jadi semalam, banyak mende yang kene rampas, yang bersalah tetaplah bersalah, yang benar tetap benar. berkatalah benar walaupun ia pahit. pengawas pun dah pergi check setiap beg yang pelajar tinggal di dalam kelas dan akhirnya, terjumpalah jua, mercun yang berlambak dalam beg seorang bebudak tuh. aku harap, dia seriklah main mercun tuh, sebab semua bebudak yang ditangkapsemalam dah digantung persekolahan mereka...
 
hari nih pulak, ade jugak spot check tapi, bukan spot check mercun, tapi, lebih lebih kepada memberi amaran yang terakhir kepada para pelajar yang memakai baju pj sempena bulan ramadhan. baju pj hanya pada bulan ramadhan sahaja tidak dibenarkan memakainya untuk menghormati bulan ramadhan al-mubarak. mujurlah aku tak pakai baju sekolah hari nih. nasib baik menyebelahi aku. lagi pun, aku bukannya suka sangat pakai baju pj dan baju unit kokurikulum, aku tak minat pakai seluar semasa hari persekolahan.
 
akhir taipan aku buat masa nih, selamat menyambut ramadhan al-mubarak yang ke-9. semoga kita mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. In Shaa Allah. Assalamualaikum...
 

No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble
cik nur's blog