>

dibatalkan pulak


apa khabar ramadhan hari yang ke....5? hehe, harap-harap masih dapat mendidik nafsu yang kuat menguasai diri kita sebelum ini. 
 
memang betul, dibatalkan pulak hari ini tadarus al-quran kat sekolahku disebabkan pelajar terlalu ramai masuk program ni. (terutamanya pelajar tingkatan 5) kata kawanku, mesti mereka malas nak belajar sebab ada kelas tambahan. program tadarus al-quran secara berkumpulan ini diadakan pada jam 2 petang hingga jam 3 petang. tu yang mereka malas belajar tuh. kira nak skip kelas mungkin. bukan saya yang kata. bulan puasa pun ada kelas tambahan lagi, memang letih betul. tapi, inilah antara cabaran yang ada pada bulan ramadhan. kita perlu sabar. didik jiwa dan hati supaya bersabar. jangan ikut nafsu. huhu, nafsu banyak menggoda kita. 

maknanya esok pulak kene start. hari ni ditunda. huhu. sian betul. harap-harap esok tu jadilah. kata ustaz, nak buang pelajar tingkatan lima. tapi, sianlah mereka yang baru masuk tu. walau apa pun, kene tunggu esok. esoklah penentu masa depan. pemilihan akan diadakan. yang terpilih akan masuk ke majlis khatam al-quran peringkat sekolah sempena bulan ramadhan al-mubarak. in shaa allah. 

seramai 30 orang sahaja yang akan terpilih. jadi, rajin-rajinlah datang ke musolla kalau benar-benar nak masuk ke peringkat seterusnya iaitu khatam al-quran...

sekian, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble
cik nur's blog