>

ulieudie


.
 ni aku nak ceritakan sedikit. satu kisah mengenai kucing aku yang bernama... "Ulieudie" . namanya memang nampak pelik tetapi aku pun tak tahu macam mana aku boleh letak nama nih. huhu. sian die. 

ini kisah kucing aku yang aku paling sayang.(aku bukan nak pilih kasih tapi...). dia berbulu putih dan beralun lembut. memang seronok disentuh! 

kucing aku nih, mak saudara aku cakap mukanya ada campur dengan spesies anjing. tapi aku pun tak tahulah. mungkin dia kacukan. 

ni aku baru nak cerita, tadi tu muqaddimah je baru.

dia dilahirkan pada tahun lepas, tahun 2012. entah bulan berapa dan hari berapa aku tak ingat. dah naik besar tuh, aku dah nampak macam mana bentuk badannya. gemuk dan berkaki pendek. huh, memang kuat makan betul kucing aku sekor tuh. pantang ada keluarga aku masuk kat dapur, mesti berlari ikut sama. sebab tu lah dia dah jadi gemuk, semakin hari makin gemuk bak kata orang. 

pada suatu hari aku terlihat muka disebelah pipinya (aku tak ingat sama ada pipi kanan atau kiri) telah bengkak. semakin hari semakin besar bengkaknya. huhu, semua orang jadik risau. dia nak main pun tak berapa nak. (bahasa apakah ini?) 

mak aku pun ada tanya kat jiran, kenapa pipinya bengkak? jawab jiran aku mungkin dia makan bengkarung. (betulkah?) atau cicak kubeng ? atau yang sama jenis dan sama spesies dengannya. yang aku pasti dia tak makan biawak. 

satu hari, penat aku cari kat mana dia pergi. habis aku cari merata-rata. aku ingat dia dah lari. tiba-tiba, aku ternampak dia keluar disebalik kerusi sofa dan berlari ke dapur. tapi yang peliknya aku nampak mukanya yang kene bisul tu, dah keluar darah. Masha Allah. aku dan ibuku terkejut pada waktu itu. lalu ibuku menyuruhku mengurungnya dalam sangkar supaya darah tidak lagi terpecik ke merata-rata tempat. 

aku tengok dia dalam sangkar tu sungguh menyeksakan. dia bagaikan meraung kesakitan yang perit. aku cuba mendekati, dan aku terlihat, memang benar, bisul yang tumbuh baru-baru nih sepenuhnya telah meletup dan aku nampak pipinya berlubang. aku jugak nampak isi kulit di dalamnya. sungguh... menyedihkan.

petang hari tu pula, aku mencarinya di luar rumah. aku ingat dia sudah lari jauh. aku jugak ingat yang dia sudah mati. rupa-rupanya, aku nampak dia duduk di tepi enjin air. 

setelah itu aku memberinya ikan rebus + nasi +air sekali. 

begitu gelojoh sekali aku lihat dia makan. huhu, sedih aku tengok. 

setelah  keadaannya baik dan tidak meraung kesakitan lagi, aku pun sapu iodin pada lukanya. dan tak sampai 3 minggu lukanya beransur pulih dan lubang yang terbukak dan terluka baru nih berjaya tertutup hampir 3/4 sebenarnya. 

tidak lama selepas itu, aku lihat dia sudah tidak bermaya. badannya terasa panas. mungkin dia demam. aku anggap je. lama jugalah dia demam. tapi selera makannya tetap sama. tapi tak sama macam dulu yang dia selalu makan tiap kali ada orang pergi ke dapur. ni orang panggil dulu baru dia datang.

satu hari, aku lihat dia nampak macam lelah sedikit. nyawa pun macam tak cukup oksigen dah padahal tepi rumah aku tuh, dah berimbun pokok yang tertanam dan hidup sendiri. 

mungkin dia nak keluar rumah pun dah tak larat sampai dia kencing di tempat tidur dirinya sendiri. aku rasa itu air kencing yang bertoksik kut. sebab baunya sangat menusuk hidung. biasanya kalau kucing kencing kat tempat macam tu, tak de lah bau teruk yang macam nih. 

aku terpaksa membasuh kakinya dan bulunya yang terkena air kencing itu tadi. bagi makanan dan minuman, satu pun tak nak jamah. 

malam tu, dia menghilang lagi. puas dah aku cari dengan keluargaku, tapi tak jumpa-jumpa.

esoknya, aku ke sekolah seperti biasa. 

tiba waktu pulang, macam biasa juga ibuku datang menjemputku.

dalam kereta, ibuku kata, dia dah mati. pagi tadi ibuku terjumpa dia di dalam longkang (longkang yang kedalamannya hanya lebih kurang 15 cm tuh. (aku agak je)

aku betul-betul terkejut tak sangka betul dia dah mati. menurut ibuku lagi, telinga dia ada keluar darah. 

walaupun aku tak sempat melihat jasadnya yang terakhir, aku tahu, di mana jasadnya ditanam iaitu dibelakang rumahku. 

setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati.

daripada Allah kita datang, daripada Allah jualah kita kembali.

kini, tinggal 3 ekor sahaja kucing di dalam rumahku....

inilah gambar kucingku yang aku ceritakan panjang-panjang tadi, masa ni dia demam tuh, sebelum ajalnya datang, aku sempat lagi amik gambar dia dengan webcam photo. (aku amik gambar nak buat kenangan.) 

moral / pesanan ikhlas daripada saya : kasihilah dan sayangilah binatang sama ada dia comel ke, kurap ke, gemuk ke, kurus ke, mereka pun makhluk ciptaan Allah yang perlu dikasihi. Contohilah Rasulullah S.A.W.  kisah baginda dengan kucing peliharaan baginda yang diberi nama Muezza.

ambil ikhtibar dan pengajaran daripada kisah wanita yang menyeksa kucingnya (mengurungnya dan tidak memberi ia makan) dan kisah seorang penzina wanita yang berbuat baik terhadap seekor anjing.

sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh. 

maaf kisahnya sedikit panjang. jika ada ayat yang berbelit-belit dan salah dari sudut tatabahasa tu, saya mintak maaf ye, saya susah nak dapat markah tinggi dalam karangan.

mungkin jangka hayatnya cuma satu tahun lebih sahaja. wallahua'lam.

saya minta maaf juga jika saya ada menaip perkataan yang mengguris hari para pembaca. kalau ada salah, bagitahulah ye.

No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble
cik nur's blog