>

ramadhan yang ke-7


.
selamat menunaikan solat fardhu asar bagi  semua umat islam di malaysia khasnya. semalam tak ingat nak update blog sebab mengantuk dan saya sangat sibuk. wuhuhu. lagipun, bukannya ada orang nak baca pun kalau saya ada post sesuatu kat blog. ramadhan yang seminggu sudah berlalu ni, saya harap, kita akhirnya dapat mengawal nafsu diri sendiri. bak kata pepatah melayu... alah bisa tegal biasa.

bulan ramadhan nih, mungkin saya sibuk sedikit kut, dengan kerja sekolah lagi, mengantuk lagi. heh, rasa mengantuk tapi tak dapat nak tidur. 

memang kat sekolah sekarang nih macam dah sambut raya ke apa? (maksud saya sekolah saya sahaja, sekolah lain tak tahulah pulak.) bebudak ponteng sekolah dan bebudak yang ada masalah disiplin nih suka cari fasal. tapi, fasal tak pernah sekali pun cari mereka. apa lagi kerja bebudak tuh, selain main mercunlah, tugas mereka datang ke sekolah adalah untuk main-main je, bawak mercun ke sekolah, mentang-mentanglah pk hem sakit, habis porak-peranda satu sekolah. 

tadi dah beberapa das peluru dah berbunyi, selepas bacaan yaasiin lagi, mengganggu konsentrasi betul bebudak tuh. apa nak jadik lah dengan bebudak zaman sekarang nih. mak bapak mereka suruh pergi ke sekolah belajar bersungguh-sungguh, tapi ? sedih aku tengok mak bapak mereka. saya harap, mereka sempatlah berubah sebelum terlambat. cikgu yang mengajar dalam kelas aku pun terkejut sama mujur tak sakit jantung katanya. huhu, sedih betul hari nih. makin berbuak-buaklah perangai mereka sebab tadi semua cikgu ada mesyuarat di bilik guru. hish, aku sabar je lah, mujur aku tak de sakit jantung ke apa ke, kalau tak... memang aku saman bebudak tuh. ni bulan puasa, herrh, bebudak tuh puase ke tak? -_-

No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble
cik nur's blog